Pages

Monday, July 25, 2011

Tau tak, cara simpan duit???

Sekarang, dalam kepala aku, nak simpan duit setinggi yang boleh, yang mana aku tau, memang aku susah nak simpan duit secara konsisten. Pernah, aku try simpan duit 2 ringgit sehari, tapi, malangnya, keesokan aku korek balik tabung, dan ambik 2 ringgit tu dan beli makanan.

Serius, aku memang tak reti nak menyimpan.

Aku pernah ambik borang nak bukak akaun ASB, pasal orang cakap, kalau simpan kat ASB ni untung, tambah-tambah susah nak draw duit, tapi hari tu aku lupa nak fotostat ic. Bila mana ic pun aku lupa nak fotostat, maka aku pun balik rumah dan lupakan hajat nak bukak akaun ASB.

Cara lain yang pernah aku cuba, bukak akaun bank banyak-banyak. Maybank, bank islam ngan BSN. Awal-awal macam nak berjaya je simpan duit dalam salah satu bank tu, tapi akhirnya, kecundang bila maybank tu ada kat merata-rata dan menambah kesenangan aku nak draw duit.

Mission failed.

Main kutu? Lagi la aku tak nak main. Pasal, zaman aku sekolah dulu, aku pernah main benda ni, bila turn aku tu best la kan, dapat duit seketul, tapi time nak bayar tu, rasa macammmm... lembap gila. aahaha...

So, reject!

Kau ada idea tak, macam mana aku nak simpan duit dengan berhemah??

Hopefully, next year, our target will be accomplish. Heee.. :)

8 comments:

Anonymous said...

bagi kat mak, tlg simpankan.. masukkan dlm akaun mak :)

Mr feckry said...

wa simpan kat unite teras..payah sikit nak korek..pasal nak korek tu prosesnya leceh..jadi malas nak korek. Time betul2 nak pakai, baru la ambil

Diana @ bilakukatacinta said...

ai cma...slm kenal....erkk..simpan wit dlm tabung yg tak boleh bukak..nak bukak/amik kena pecahkan. sanggup ke?

Encik Psychopath said...

Main duit kutu.

Nazatul shima said...

anonymous: ha ah...btol jgk kn..hehe..lg ssh nk kuarkan..hehe

Nazatul shima said...

feckry: unite...1st time aku dgr..ssh ey nk kuarkan,..bggus jgk tu..hehe

Nazatul shima said...

diana: tabung xley..pasal, papepun msti nk pchkan tabung tu..hehee..:P

Nazatul shima said...

psycho: xnk..aku xske..hehehe